Nama Big Bang, Daesung Pula Dikaitkan Dengan Aktiviti Haram?
Media Korea Selatan melaporkan bahawa terdapat aktiviti haram yang dijalankan di dalam bangunan yang dimiliki oleh ahli Big Bang, Daesung…
Media Korea Selatan melaporkan bahawa terdapat aktiviti haram yang dijalankan di dalam bangunan yang dimiliki oleh ahli Big Bang, Daesung.
Difahamkan, antara aktiviti yang dimaksudkan adalah hiburan ‘dewasa’ termasuklah juga pelacuran, dan lain-lain dalam bangunan yang mempunyai beberapa restoran dan juga studio fotografi.
Menerusi laporan itu juga, hanya sesetengah orang sahaja yang mempunyai akses untuk aktiviti tersebut dan tingkat lapan bangunan tersebut ditutup terus daripada orang ramai.
Bagaimanapun, wakil hartanah Daeung memberikan kenyataan bagi pihak penyanyi tersebut yang kini sedang berada di dalam tentera untuk khidmat negaranya.
“Daesung memang merupakan pemilik bangunan tersebut tapi dia tidak terlibat dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan di dalam bangunan itu. Dia ingatkan semua perniagaan adalah berdasarkan dalam lesen mereka.
“Namun, kami akan siasat sekiranya terdapat aktiviti haram yang dijalankan di dalam bangunan tersebut dan mengambil tindakan seperti membatalkan sewaan mereka di dalam bangunan tersebut,” kata kenyataan tersebut.
Susulan itu, di laman Twitter kelihatan ramai yang meluahkan rasa kesal apabila artis kesayangan mereka diserang oleh media.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






