Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran, penyanyi dan pelakon teater muzikal legenda Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), akhirnya menjejakkan kaki semula ke Malaysia.
Bukan biasa-biasa ya, konsert XIA 6TH ASIA TOUR CONCERT ‘GRAVITY’ IN KUALA LUMPUR yang berlangsung baru-baru ini merupakan konsert solo pertama beliau di negara kita. Sepanjang dua jam setengah, XIA ‘membakar’ pentas dan emosi peminat dengan persembahan yang cukup bertenaga, vokal yang mantap, dan semestinya… momen-momen fan service yang bikin cair!

Pentas ‘Terbakar’ dengan Vokal Padu dan Tarian Lincah
Sorakan peminat terus bergema seawal lagu pembukaan “Beat’s Knockin” dan “eXtreme Love”. Sepanjang malam, XIA membuktikan mengapa beliau digelar antara vocal king terbaik dalam industri K-Pop.
Beliau mengagumkan penonton dengan transisi yang cukup bersahaja antara lagu rancak dan balada emosi menerusi seleksi lagu seperti, HANA, Pit A Pat, Forest of Memories, My Night, Slowly, Homage, Reach, Red Diamond, XIAHTIC & ROCK THE WORLD
Momen Pertama Kali ‘Live’ Lagu GRAVITY
Satu saat yang paling dinantikan sudah tentulah persembahan lagu GRAVITY, iaitu trek utama daripada album penuh terbaharunya. XIA sempat berkongsi bahawa walaupun peminat mungkin biasa mendengar lagu-lagu ini secara dalam talian, ini adalah kali pertama beliau menyanyikannya secara live dalam setting konsert solo. Memang eksklusif habis untuk peminat Malaysia!

Menari Mirotic & ‘Skodap’ Lirik Kat Phone Peminat!
Selain daripada vokal yang pitch-perfect, apa yang membuatkan malam itu betul-betul tidak boleh dilupakan adalah layanan mesra XIA sendiri. Konsert yang besar bertukar menjadi seolah-olah perjumpaan peribadi yang sangat santai.
XIA melayan hampir setiap permintaan spontan peminat. Beliau juga sempat belanja tarian lagu lagenda Mirotic (menggamit memori betul!). Selian itu, dia juga turut menghidupkan watak-watak teater muzikal kegemarannya di atas pentas. Paling sempoi, beliau memenuhi permintaan lagu spontan dengan membaca lirik terus dari telefon bimbit seorang peminat sambil menyanyi! Jeritan satu stadium jangan cakaplah, memang bingit!
Korang bagi snak sedap, saya nak Durian!” XIA kelihatan sangat terharu apabila melihat snek dan hadiah tempatan yang disediakan oleh peminat Malaysia. Sambil mengucapkan terima kasih atas sokongan padu yang tidak pernah luntur, beliau sempat berseloroh menyatakan rasa cintanya pada raja buah, durian, dan berharap dapat menikmatinya sebelum terbang pulang ke Korea.

Luahan Hati Tentang Cabaran Teater Muzikal & Air Mata Kepuasan
Sebagai salah seorang pelakon muzikal yang paling dihormati di Korea, XIA sempat membuka cerita tentang kerjayanya di luar bidang muzik arus perdana. Beliau mengakui dunia teater muzikal sangat menuntut tenaga dan mencabar.
Namun, kasih sayang peminat menjadi pembakar semangat untuk beliau terus bertahan sehingga berjaya meraih pengiktirafan kritikal dan anugerah menerusi naskhah Beetlejuice.

Kejutan Video yang Menyentuh Hati
Kemuncak emosi malam tersebut berlaku apabila peminat menghadiahkan sebuah video apresiasi khas dan hadiah buatan tangan (handmade). Kelihatan sangat tersentuh, XIA berjanji dan menaruh harapan yang tinggi untuk kembali lagi ke Malaysia pada masa akan datang.
Apa-apapun, kami ingin mengucapkan syabas pada XIA dan penganjur! Peminat Malaysia pastinya akan mengenang malam magis ini untuk satu tempoh yang sangat lama.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…

Kegembiraan & Tangisan Air Mata Isi Konsert APINK di Malaysia
Selepas lapan tahun menanti, kerinduan peminat K-pop tanah air terhadap kumpulan legenda, Apink, akhirnya terubat…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4K
- 5
