May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…

Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia menerusi Fan-Con Park Ji Hoon RE:FLECT IN KUALA LUMPUR yang berlangsung di Plenary Hall, KLCC semalam.
Tepat jam 6 petang, suasana dewan bertukar gamat apabila Park Ji Hoon muncul di pentas dan membuka tirai acara dengan tiga lagu bertenaga iaitu Blank Effect, Serious dan Gotcha. Sorakan para peminat, atau lebih dikenali sebagai May, bergema memenuhi ruang sebaik sahaja kelibatnya muncul.
Tidak hanya mempamerkan persembahan yang memukau, Ji Hoon turut mencuri perhatian apabila sempat ‘mengusik peminat dengan melorotkan sedikit jaket yang dipakainya, sekali gus mengundang jeritan histeria daripada para May yang hadir.

Ketika sesi interaksi bersama hos, pelakon drama Weak Hero Class itu kelihatan terkejut apabila mendapati ramai peminat mampu memahami percakapannya dalam bahasa Korea. Jelas terpancar rasa kagumnya terhadap kebolehan peminat Malaysia, malah ia membuktikan bahawa halangan bahasa bukanlah satu masalah besar setiap kali beliau berkunjung ke negara ini.
Salah satu segmen paling menarik pada malam tersebut ialah misi khas untuk ‘menyelamatkan’ May yang kehilangan memori. Ji Hoon diberikan tiga tugasan yang perlu diselesaikan, dan tanpa sebarang bantahan, beliau sanggup melakukan apa sahaja demi peminat tersayang. Lebih mengujakan, lima peminat bertuah turut membawa pulang foto polaroid eksklusif yang diambil sepanjang acara, membuatkan ramai yang tidak dapat menyembunyikan rasa cemburu mereka.

Sepanjang fan-con berlangsung, Park Ji Hoon membuktikan mengapa beliau begitu disayangi peminat. Fan-service yang diberikan sememangnya bertaraf premium, dengan setiap interaksi dipenuhi senyuman dan usaha berterusan untuk memastikan para peminat menikmati setiap detik bersama dirinya.
“Saya sangat terharu dan gembira dengan sambutan anda semua. Terima kasih banyak-banyak!” ujar Ji Hoon kepada para May yang setia memberikan sokongan.
Kemuncak acara tiba ketika sesi encore apabila beliau mempersembahkan lagu MayDay. Namun, kehangatan suasana masih belum reda apabila peminat meminta beliau menyanyikan lagu tersebut sekali lagi. Tanpa berfikir panjang, Ji Hoon terus memenuhi permintaan itu, sekali gus membuatkan seluruh dewan bersorak kegembiraan.
Malam istimewa itu diakhiri dengan sesi hi-bye yang pastinya menjadi kenangan paling berharga buat para peminat. Walaupun hanya beberapa saat, setiap peminat berpeluang bertentang mata dengan Park Ji Hoon secara dekat. Bagi ramai May, detik singkat itu sudah cukup untuk menjadikan malam tersebut sebagai memori yang tidak akan dilupakan.

Fan-Con Park Ji Hoon RE:FLECT IN KUALA LUMPUR bukan sahaja menandakan pertemuan yang telah lama dinantikan antara Ji Hoon dan peminat Malaysia, malah membuktikan hubungan erat yang terjalin antara artis itu dan para May. Jika reaksi malam tadi menjadi ukuran, Malaysia pastinya akan sentiasa menjadi destinasi yang istimewa buat Park Ji Hoon.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

Kegembiraan & Tangisan Air Mata Isi Konsert APINK di Malaysia
Selepas lapan tahun menanti, kerinduan peminat K-pop tanah air terhadap kumpulan legenda, Apink, akhirnya terubat…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K