Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...

Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga apabila bintang antarabangsa merangkap Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho, hadir menyantuni ribuan peminat di acara Pop-up CUCKOOTOPIA bertempat di Pavilion Bukit Jalil pada Ahad.
Kehadiran ahli kumpulan 2PM ini menyusul selepas kemunculan istimewanya di konsert ulang tahun yang berlangsung pada Sabtu, sekali gus menyemarakkan lagi keterujaan pengunjung yang membanjiri ruang legar pusat beli-belah tersebut.
Kemunculan Lee Junho di Pop-up CUCKOOTOPIA turut melengkapkan fasa penting sambutan ulang tahun jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) terkemuka ini. Bukan sekadar sesi ramah mesra bersama peminat, acara berprestij ini turut menyaksikan beliau menyempurnakan pelancaran dan merasmikan barisan inovasi kediaman sihat terbaharu daripada CUCKOO International (MAL) Berhad.
Antara sorotan utama yang mencuri perhatian ramai pada majlis tersebut ialah pelancaran eksklusif CUCKOO Lifestyle Hamper bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba. Koleksi hamper ini memberi nafas baharu kepada tradisi pemberian hadiah perayaan dengan menggabungkan konsep kesejahteraan hidup, kemudahan moden, serta keselesaan berpanjangan yang boleh dinikmati oleh seisi keluarga.
Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil ini membuktikan komitmen berterusan CUCKOO dalam memperkasakan gaya hidup sihat buat seluruh rakyat Malaysia, diserikan lagi dengan momen manis interaksi antara Lee Junho dan para peminat setianya.
Galeri
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!

Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
![[Foto Rasmi] Idol Radio di Kuala Lumpur!](/_next/image?url=https%3A%2F%2Frtmxbvbirhxqokbaqtym.supabase.co%2Fstorage%2Fv1%2Fobject%2Fpublic%2Fkvariety-media%2F2026%2F10%2Fe7221aeb-k-variety-malaysia-17-sm.png&w=3840&q=75)
[Foto Rasmi] Idol Radio di Kuala Lumpur!
Jom kita imbau kembali kenangan Idol Radio di Kuala Lumpur...
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4K
- 5
