Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...

Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia menerusi konsert Mamamoo 2026 World Tour <4ward> in Kuala Lumpur pada 10 Oktober lalu. Unifi Arena, Bukit Jalil bertukar menjadi lautan hijau dan putih apabila ribuan peminat setia (MooMoo) hadir mengikut tema warna rasmi bagi menyokong idola kesayangan mereka.
Konsert kali ini membuktikan janji Hwasa awal tahun lalu bukanlah janji kosong apabila berjaya membawa kesemua ahli kembali beraksi secara penuh. Namun, apa yang paling mencuri tumpuan adalah waktu mulanya yang luar biasa awal, tepat jam 4 petang! Suasana menjadi gamat apabila Moonbyul secara spontan mengadu dia sudah lapar di awal persembahan, membuatkan peminat berseloroh mengenai 'stamina millennial' yang perlu bermula awal sebelum cepat letih.
Sepanjang konsert, Mamamoo memukau penonton dengan vokal mantap tanpa cela menerusi rangkaian lagu hit ikonik seperti HIP, Gogobebe, dan Décalcomanie. Bukan itu sahaja, pentas solo setiap ahli turut menyerlahkan pesona tersendiri:
Solar tampil bertenaga dan mencuri tumpuan dengan aksi mic drop yang unexpected di penghujung.
Moonbyul memukau peminat dengan aura girl crush yang sukar ditandingi.
Wheein dan Hwasa masing-masing mempamerkan kualiti vokal unik serta interaksi pentas yang begitu memikat.
Menariknya, sifat 'millenial' dan kelakar mereka terserlah apabila Moonbyul, Solar, dan Wheein bingung bertanyakan maksud trend '6,7' kepada penonton sehingga peminat tak menang tangan cuba menerangkannya.
Selain kehebatan vokal dan aksi Hwasa yang kerap turun mendekati penonton di bawah pentas, peminat tempatan turut memuji sikap profesional Mamamoo yang menghormati budaya setempat dengan mengenakan inner bagi pakaian yang seksi.
Konsert diakhiri dengan janji manis daripada Mamamoo bahawa mereka tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk kembali menemui MooMoo Malaysia pada masa akan datang.
Galeri
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...

CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
![[Foto Rasmi] Idol Radio di Kuala Lumpur!](/_next/image?url=https%3A%2F%2Frtmxbvbirhxqokbaqtym.supabase.co%2Fstorage%2Fv1%2Fobject%2Fpublic%2Fkvariety-media%2F2026%2F10%2Fe7221aeb-k-variety-malaysia-17-sm.png&w=3840&q=75)
[Foto Rasmi] Idol Radio di Kuala Lumpur!
Jom kita imbau kembali kenangan Idol Radio di Kuala Lumpur...
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4K
- 5
