CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!

Bintang di langit pun kalah berseri dengan barisan selebriti terkemuka yang memukau pentas sepanjang malam. Kehadiran Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho, nyata mencetuskan histeria luar biasa dalam kalangan peminat K-pop, apatah lagi digandingkan dengan aura anggun Duta CUCKOO kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kemeriahan bertambah gamat dengan telatah santai personaliti popular Phei Yong serta persembahan memikat daripada Sahabat CSR CUCKOO, 菲道尔 Firdhaus, yang berjaya menyentuh jiwa setiap penonton yang hadir.
Bukan sekadar pesta muzik, konsert penuh prestij ini turut menyuntik momen penuh inspirasi menerusi penyampaian anugerah empat kategori berprestij Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 bagi mengiktiraf selebriti kegemaran ramai. Pentas turut menyaksikan penghargaan bermakna diberikan kepada warga kerja cemerlang menerusi Anugerah Penghargaan CUCKOOTOPIA 2026 (CUCKOOTOPIA Appreciation Awards 2026), sekali gus melabuhkan tirai sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia dengan kenangan paling manis dan penuh gemilang!
Berikut merupakan sedikit foto malam Cuckootopia untuk tatapan anda semua!
Galeri
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...

Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
![[Foto Rasmi] Idol Radio di Kuala Lumpur!](/_next/image?url=https%3A%2F%2Frtmxbvbirhxqokbaqtym.supabase.co%2Fstorage%2Fv1%2Fobject%2Fpublic%2Fkvariety-media%2F2026%2F10%2Fe7221aeb-k-variety-malaysia-17-sm.png&w=3840&q=75)
[Foto Rasmi] Idol Radio di Kuala Lumpur!
Jom kita imbau kembali kenangan Idol Radio di Kuala Lumpur...
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4K
- 5
