10 Perkara Menarik Semasa Konsert Winner [Cross] Tour In Kuala Lumpur
Sabtu lalu merupakan hari bersejarah buat peminat grup Winner atau pun lebih dikenali sebagai Inner Circler apabila ‘oppa oppa’ mereka kembali beraksi di pentas Malaysia…
Sabtu lalu merupakan hari bersejarah buat peminat grup Winner atau pun lebih dikenali sebagai Inner Circler apabila ‘oppa oppa’ mereka kembali beraksi di pentas Malaysia.
Bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, konsert bermula tepat jam enam petang menghiburkan kesemua Inner Circle yang hadir.

Susulan itu, K-Variety Malaysia ingin berkongsi 10 momen menarik yang berlaku semasa 2 jam setengah konsert berlangsung.
- Konsert dimulakan dengan lagu Everyday, Love me Love Me, Island dan Really Really membuatkan Inner Circle tidak berhenti bersorak
- As expected daripada YG Artist, Winner berupaya untuk berinteraksi dengan peminat Malaysia tanpa menggunakan khidmat penterjemah.
- Winner yang dianggotai oleh Yoon, Jinu, Hooney dan Mino turut berusaha untuk berbahasa Malaysia dengan peminat.
- Seperti konsert jelajah pertama, setiap ahli turut mempunyai solo stage masing-masing.
- Lagu Heartbreaker nyanyian solo Song Mino dinyanyikan menggunakan ‘mic autotune’ malah, Winner turut menukar lirik kepada bahasa Malaysia.
- Fan project untuk menyambut hari lahir ketua grup, Yoon berjaya. Malah Inner Circle menyanyikan lagu hari jadi dalam bahasa Inggeris dan juga Hangul membuatkan mereka tergelak lucu. “Kenapa kamu menyanyi dalam bahasa hangul,” soal Yoon.
- Fan-service yang mantap! Banyak betul finger love malah Mino dan Hooney turut pergi rapat kepada peminat. Ada peminat bertuah dapat ‘salam’ dengan mereka tau!
- Semasa encore, Inner Cirlce tidak berhenti menyanyikan lagu Million. Yoon turut terharu dengan sambutan Inner Circle Malaysia.
- Ending Ment, kelihatan semua ahli berusaha untuk berbahasa Inggeris, tapi Hooney kemudian cakap Hangul dan dibalas oleh Inner Circle. “Anda faham hangul?” tanyanya. “Ya,” balas Inner Circle pula. Mereka turut terkejut dengan kebolehan Inner Circle Malaysia.
- Yoon berkongsi cerita dia ke Malaysia kerana ingin bertemu dengan bekas pengurusnya dan juga sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Inner Circle Malaysia.

Winner memberikan persembahan yang penuh bertenaga, malah menunjukkan vokal yang begitu mantap sekali! Mereka turut berjanji akan kembali ke Malaysia dan memberikan persembahan yang lebih bertenaga pada masa akan datang!
Winner [Cross] Tour In Kuala Lumpur dibawakan oleh IME.
Foto: IME
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
![10 Perkara Menarik Semasa Konsert Winner [Cross] Tour In Kuala Lumpur](https://kvarietym.wordpress.com/wp-content/uploads/2020/01/untitled-design-65.png?w=1200)





