Adakah Foto Ini Bukti OT5 Tetap Di Hati G-Dragon?
Gara-gara sekeping foto yang dimuatnaik ketua kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon di laman Instagramnya baru-baru ini mendapat banyak reaksi positif peminat…
Gara-gara sekeping foto yang dimuatnaik ketua kumpulan Big Bang iaitu G-Dragon di laman Instagramnya baru-baru ini mendapat banyak reaksi positif peminat.
Dipercayai, foto itu merupakan bukti bahawa Big Bang kekal sebagai 5 ahli buat penyanyi lagu Crooked itu.

Susulan itu, ramai terutamannya peminat antarabangsa meninggalkan komen menghargai mesej ‘tersirat’ GD.



Sebelum ini, bekas maknae grup itu iaitu Seungri mengumumkan keluar kumpulan sekaligus bersara daripada dunia hiburan setelah skandal terlibat dengan skandal Burning Sun.
Dalam pada itu, Big Bang dijangka membuat kemunculan semula dipentas Coachella setelah hiatus pada tahun 2016 kerana ahli-ahlinya menjalankan khidmat tentera mereka.
Namun, peminat atau lebih dikenali sebagai VIP harus bersabar lebih lama apabila festival itu dibatalkan kerana wabak Covid-19.
Sumber: Instagram
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






