Anda Semua Sangat Bagus, Very Very Terima Kasih,” GFriend Terharu Sambutan Hangat Buddies!
Semalam berlangsungnya konsert Go Go GFriend In Kuala Lumpur bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam…
Semalam berlangsungnya konsert Go Go GFriend In Kuala Lumpur bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
Di bawakan oleh MacpiePro, seramai 4,500 Buddies dapat menyaksikan kehadiran grup kesayangan mereka buat pertama kalinya di Malaysia.
Bermula jam 6 petang, GFriend kekal bertenaga menyanyikan lagu-lagu hits mereka seperti Me Gustas Tu, Love Whisper, Navillera dan Rough versi Balada.
Keterujaan mereka untuk bertemu Buddies buat pertama kalinya membuatkan keenam-enam ahli GFriend sangat hyper di atas pentas terutamanya Sin B.

Dalam pada itu, terdapat pertukaran lirik semasa lagu Me Gustas Tu apabila lirik yang patut dinyanyikan dalma bahasa Korea, ditukar ke Bahasa Malaysia. Comel betul!
Sementara itu, K-Variety respect sangat pada Buddies kerana hafal semua fanchant dan siap menyanyi sama dengan GFriend.
“Oleh sebab jeritan anda semua sangat kuat, kami tak boleh balik Seoul, anda semua sangat bagus,” Yuju.
“Very very bagus,” balas Umji pula.
Selain itu, GFriend juga turut berjanji akan selalu datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Malaysian Buddies.

Bagaimanapun, di hujung konsert…Yerin kelihatan seperti mahu pitam, mungkin terlalu penat malah di pertengahan konsert juga melihatkan GFriend menari lagu-lagu mereka dengan tarian tanpa henti.
Apa-apapun, K-Variety terhibur dengan konsert semalam. GFriend dan Buddies memang awesome!
Thank you MacpiePro sebab bawa GFriend ke Malaysia!
Foto: MacpiePro
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




