“Apa JYPE Buat Pada GOT7 Sama Seperti 2PM,” – Ini Tuduhan Peminat. Apa Kes?
Seorang peminat GOT7 meluahkan kekesalannya di laman Twitter mengenai sikap berat-sebelah agensi JYP Entertainment (JYPE) terhadap kumpulan itu, baru-baru ini…
Seorang peminat GOT7 meluahkan kekesalannya di laman Twitter mengenai sikap berat-sebelah agensi JYP Entertainment (JYPE) terhadap kumpulan itu, baru-baru ini.
Terjemahan:
“Apa JYPE buat pada GOT7 ini samalah seperti pada 2PM dulu. Mereka mahukan peminat untuk beralih minat pada grup baru dan tak dinafikan ada peminat GOT7 adalah daripada peminat 2PM.
“Kita dah kecewakan 2PM, kita gagal untuk bersuara demi 2PM, untuk ketidakadilan yang mereka terima tapi kita tak akan lakukan perkara sama terhadap GOT7,” tulisnya.
Kisahnya, JYPE baru-baru ini mengumumkan ‘comeback’ artis di bawah naungan mereka
kecualilah GOT7.
Terjemahan:
“JYPE umumkan semua comeback grup di bawah naungannya tapi tidak GOT7. Mereka selalu umumkan 14 hari sebelum comeback dan itu berikan kita masa 10 hari untuk pre-order’.
“Penatlah nak hadap agensi yang layan kita macamlah dorang tak ‘ambil duit’ daripada kita,” luahnya.
Tambah individu itu lagi, dia turut memohon agar peminat yang turut dikenali sebagai Ahgase untuk terus memberikan sokongan kepada grup tersebut.
Terjemahan:
“Kami tidak terima JYPE. Kami akan kekal di sarang dan menyokong grup lain tetapi kami tidak akan tinggalkan rumah kami. Jom ramai-ramai tonton MV You Can Call My Name,” tulisnya.
Apa pendapat anda?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






