“Awal Tahun Ini, Kami Pernah Terfikir Untuk Berpisah…,” – Ini Antara Ucapan BTS Saat Memenangi Artist Of The Year Di MAMA 2018
Semalam, menyaksikan acara kemuncak 2018 Mnet Asian Artis Award (MAMA2018) yang berlangsung di Hong Kong…
Semalam, menyaksikan acara kemuncak 2018 Mnet Asian Artis Award (MAMA2018) yang berlangsung di Hong Kong.
Di malam perprestij itu menyaksikan grup K-pop popular, BTS pulang membawa dua Anugerah Daesang iaitu Album Of The Year dan juga Artist Of The Year.
Namun, apa yang membuatkan para peminat turut sama mengalirkan air mata adalah semasa ucapan Artist Of The Year di mana kelihatan kesemua ahlinya mengalirkan air mata.
Malah, J-Hope juga kehilangan kata-kata dan dilihat perlu menenangkan dirinya serta dibantu oleh ahli lain sebelum memberikan ucapannya.
“Army (fan BTS), sebelum kami naik ke atas, saya sangat risau! Kami sering ingin memberikan yang terbaik buat anda dan tidak melakukan kesilapan di atas pentas.
“Jadi setiap kali sebelum kami naik ke atas pentas, hati saya akan sentiasa berdebar-debar. Anugerah ini sangat…
“Saya rasa saya akan menangis apabila menerima anugerah ini dah jika tidak… kerana kami menghadapi banyak dugaan jumlah kasih-sayang yang kami terima selama ini, kami benar-benar berterima kasih dan ingin memberi sesuatu pada anda.
“Terima kasih banyak-banyak dan kepada ahli grup, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak,” katanya.
Seorang lagi ahli BTS, Jimin turut mengucapkan terima kasih kepada Army yang sering menyokong mereka.
“Army! Terima kasih, setelah apa yang kita lalui tahun ini, ada juga masa yang sukar kan? Kita laluinya bersama, mendapat pengalaman, bercakap mengenainya dan bila kita lihat kembali masa yang berlalu itu, kami sedar ada ramai orang di sekeliling kami.
“Bila masa semua orang ini muncul di sekeliling kami? Dan kami mula merasakan bahawa apabila kami menghadapi waktu sukar, kami akan berfikir bahawa kami boleh merasa gembira dan mendapat kekuatan.
“Dan sememangnya menerima anugerah ini, boleh kami katanya bahawa kejayaan kami adalah kerana anda semua, kerana anda semua adalah kebanggaan kami dan tahun depan, kami akan kembali dengan hadiah ini lagi.
“Terima kasih, kami sayangkan anda,” katanya.
“Pertama sekali, kepada ibu bapa kami yang sedang menonton sekarang, terima kasih kepada membesarkan kami. Saya tak sangka kami akan menerima anugera ini. Kami akan menjadi artis yang tidak malu untuk menerima anugerah ini dan sekiranya saya mati dan hidup kembali, Army adalah anugerah yang tidak ternilai buat kami,” kata V pula.
Dalam pada itu, Suga mengharapkan agar tahun hadapan juga akan menjadi tahun yang bermakna buat mereka.
“Terima kasih Army! Kami berasa sangat gembira untuk menerima anugerah ini untuk tahun 2018. Kepada semua Army yang sering menyokong kami, kami akan terus berusaha kuat demi anda.
“Kepada keluarga kami yang melahirkan 7 orang ini, tahun ini adalah tahun yang sangat menggembirakan dan saya berharap tahun 2019 akan menjadi lebih baik lagi,” katanya pula.
Ucapan terakhir diberikan oleh ahli tertua, Jin. Dia juga sebenarnya sudah mengalirkan air mata sejak menerima Daesang pertama lagi namun kali ini dia tidak dapat mengawal air mata yang mengalir.
“Army! Saya masih ingat awal tahun ini. Awal tahun ini, kami benar-benar penat dari segi mental. Semasa kami berbincang, kami juga ada terfikir sama ada untuk berpisah atau pun tidak.
“Namun, kami berjaya menguatkan diri dan mencari diri kami semua dan itu sangat melegakan kerana kami berjaya mendapat result yang bagus!
“Kepada ahli-ahli grup yang berjaya mencari diri mereka semua, saya ingin berterima kasih kepada anda dan kepada ahli grup yang sentiasa menyayangi kami, tidak…. kepada Army yang sentiasa sayangkan kami, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Ucapan Jin membuatkan V menangis teruk hingga perlu ditenangkan oleh Jungkook, malah ahli-ahli lain juga kelihatan mengalirkan air mata mereka.
Selain Daesang, BTS juga turut memenangi Best Music Video, Best Asian Style, Global Fan’s Choice, Favorite Music Video, Worldwide Icon Of The Year, Worldwide Fan’s Choice dan Favorite Dance Artist-Male.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






