“Bakat Apa Yang Dia Ada?” – Jung Da Eun Bergaduh Dengan Monbebe?
Semalam, bekas trainee dan Instafamous, Han Seo Hee membuat IG live bersama dengan teman wanitanya, Jung Da Eun…
Semalam, bekas trainee dan Instafamous, Han Seo Hee membuat IG live bersama dengan teman wanitanya, Jung Da Eun.
Susulan itu, peminat Monsta X iaitu Monbebe mengambil kesempatan itu untuk menyerang duo tersebut kerana dipercayai menghancurkan hidup bekas ahli, Wonho.
Tidak mahu mengalah, Jung Da Eun membalas serangan tersebut dan mempertahankan tindakannya.
“Korang benci saya kan? Tapi saya dah Wonho mempunyai personaliti yang sama jadi kitorang sama level lah.
“Oh ya, sebenarnya saya lebih baik sikit daripada Wonho. Korang panggil saya sangap populariti, kalau betul baik saya jadi penyanyi.
“Tapi saya sedar diri, sebab tu saya tak debut, saya banyak dosa.
“Bakat? Bakat apa yang dia ada? Menari? Korang panggil itu menari? Menyanyi? Menyanyi ke tu?” katanya.
Sebelum ini, Jung Da Eun mendedahkan bahawa Wonho berhutang dengannya semasa tinggal bersama satu ketika dahulu.
Dia kemudiannya mendedahkan pernah menghisap dadah bersama-sama. Susulan itu, Wohno mengumumkan keluar daripada Monsta X dan kontraknya bersama agensi, Starship Entertainment dibatalkan serta-merta.
Sumber:Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





![Carats Berlumba Beli Tiket Seventeen World Tour In Kuala Lumpur [Ode To You]](https://kvarietym.wordpress.com/wp-content/uploads/2019/11/picsart_11-04-08.36.57.jpg?w=1200)
