#BAPisfree Trending Di Twitter, Peminat Tarik Nafas Lega Semua Ahli BAP Tamat Kontrak Dengan Agensi
Empat lagi ahli grup BAP tidak menyambung kontrak eksklusif mereka dengan agensi, TS Entertainment…
Empat lagi ahli grup BAP tidak menyambung kontrak eksklusif mereka dengan agensi, TS Entertainment.
Himchan, Daehyun, Youngjae dan Jongup masing-masing sebulat suara dengan keputusan mereka itu.
Dalam pada itu, agensi mereka turut mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkara tersebut.
“Kami ingin memaklumkan bahawa eksklusif kontrak bersama Himchan, Daehyun, Youngjae dan Jongup telah tamat.
“Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk membawa haluan masing-masing. Kami berterima kasih kepada para peminat dalam dan luar negara yang menyokong BAP selama ini.
“Semoga anda semua terus menyokong Himchan, Daehyun, Youngjae dan Jongup pada masa akan datang. Terima kasih,”kata kenyataan tersebut.
Susulan itu, para peminat kelihatan gembira dan berpuas hati dengan perkara tersebut.
Sebelum ini, Bang Yong Guk dan Zelo meninggalkan agensi tersebut pada tahun lepas.
Nampaknya, keenam-enam ahli BAP sudah meninggalkan agensi mereka ya.
Sumber: Twitter & Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



