Bekas Ahli Wanna One, Ong Seung Wu Bakal Ke Malaysia Lagi, Tiket Bakal Dijual Esok!
Buat mereka yang sangat meminati bekas ahli grup Wanna One, Ong Seung Wu…Ada berita baik untuk anda kerana dia bakal ke Malaysia, Mac ini!..
Buat mereka yang sangat meminati bekas ahli grup Wanna One, Ong Seung Wu…Ada berita baik untuk anda kerana dia bakal ke Malaysia, Mac ini!
Dalam satu acara bertemu peminat yang dibawakan oleh penganjur, Hacthery, para peminat dapat mengenali dan berinteraksi dengan lebih rapat lagi dengan idol kesayangan ramai itu.
Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil,’fan meeting’ yang julung-julung kali diadakan itu bakal berlangsung pada 23 Mac ini bermula jam 6 petang diberi nama ‘Ong Seung Wu First Fan Meeting In Malaysia <Eternity> .
Untuk pengetahuan, Malaysia merupakan antara 3 negara terpilih untuk idol yang juga merupakan seorang pelakon itu mengadakan sesi bertemu peminat tersebut.
Sementara itu, jualan tiket bakal bermula pada 16 Februari jam 10 pagi di laman web https://airasiaredtix.com.
Harga tiket bermula dengan RM280 hingga RM580. Untuk maklumat lanjut dan terkini boleh melayari Facebook @Hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instagram @Hatchery_th.
Apa-apapun, jangan lepaskan peluang ini tau!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



