Big Bang Seungri Masuk Tentera Pada 25 Mac Ini
Akhirnya ahli termuda (maknae) grup Big Bang iaitu Seungri akan memulakan khimat negaranya dengan memasuki tentera pada 25 Mac ini…
Akhirnya ahli termuda (maknae) grup Big Bang iaitu Seungri akan memulakan khimat negaranya dengan memasuki tentera pada 25 Mac ini.
Menerusi satu laporan media ekslusif, Seungri akan bertugas sebagai seorang askar dan bukannya polis seperti yang dirancang sebelum ini.
Penyanyi lagu 123! itu menerima surat kemasukana pada awal Februari lalu dan bercadang untuk memohon jawatan polis.
“Melihatkan keadaan sekarang, dia (Seungri) berputus asa perkara tersebut, lama sudah.
“Jika pihak polis ingin mendapatkan keterangan lanjut daripada Seungri, dia akan memberikan kerjasama sepenuhnya sehingga tarikh dia masuk tentera,” kata sumber rapat Seungri.
Dalam pada itu, agensi pengurusan Seungri juga turut mengesahkan tarikh Seungri memasuki tentera.
Sebelum ini, Seungri terpalit dengan kontroversi berkaitan kelab Burning Sun yang dikatakan bertindak kasar terhadap pelanggan.
Tidak cukup itu, timbul pula bukti Seungri menggunakan kaedah melobi serta menggunakan khidmat ‘escort’ di kelab tersebut.
Foto: Carian Google
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



