Blackpink Jennie, Red Velvet, Irene Berebut Apa Kat L.A Tu?
Ahli grup Blackpink, Jennie dan Red Velvet, Irene dilihat menghabiskan masa bersama ketika berada di Los Angeles…
Ahli grup Blackpink, Jennie dan Red Velvet, Irene dilihat menghabiskan masa bersama ketika berada di Los Angeles, baru-baru ini.
Bagaimanapun, dua sekawan itu dilihat berebut bil ketika makan di sebuah restoran terkemuka, Bottega Louie.
Di dalam foto yang dikongsi media luar negara itu menyaksikan kedua-dua mereka ingin membayar bil makanan tersebut hingga terjadinya perebutan.
Namun, akhirnya Jennie yang membayar harga makanan itu.
Untuk pengetahuan, Blackpink berada di L.A untuk melakukan persembahan di Showcase Grammy manakala Red Velvet pula turut berada di kawasan sama untuk konsert jelajah mereka.
Alahai, comel betul Jennie dan Irene. Friendship goal sangat!
Sebelum ini, kedua-dua mereka juga pernah membuat koreografi lagu masing-masing iaitu Solo dan Really Bad Boy ketika di rancangan muzik Korea Selatan.
Foto & Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



