“Dah 12 Tahun Tak Ke Malaysia, Saya Tak Sabar…,” – Kim Jae Joong
semalam oppa sempat bertemu dengan para peminat di pintu utama Pavillion Kuala Lumpur untuk sesi sidang media terbuka…
Oppa Kim Jae Joong dah kembali ke Malaysia gais untuk konsert solonya yang bakal berlangsung malam ini bertempat di Plenary Hall, KLCC.
Susulan itu, semalam oppa sempat bertemu dengan para peminat di pintu utama Pavillion Kuala Lumpur untuk sesi sidang media terbuka.

“Lama sangat saya dah tak ke Malaysia, 12 tahun kot. Jadi, saya memang tak sabar untuk bertemu dengan peminat-peminat di sini. Banyak yang saya dah sediakan untuk anda semua.
“Saya harap semua yang hadir ke konsert saya akan berseronok,” katanya.

Tambahnya, dia teruja untuk membuat persembahan pada hari ini.
“Saya memang teruja untuk konsert esok (hari ini). Harapnya anda semua dapat hadir dan bergembira bersama saya. Macam yang saya katakan tadi, dah 12 tahun saya tidak ke Malaysia. Jadi, saya teruja sangat-sangat,” katanya.

Untuk pengetahuan, konsert malam ini juga akan mempunyai persembahan pembukaan dari grup M.I.C iaitu kumpulan yang bakal debut di bawah agensi, Cjes Entertainment.
Konsert Kim Jae Joong dibawakan oleh IME Media.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






