Dah Selesai Ke? Koreografer Minta Maaf Lepas Tuduh Blackpink, Lisa Plagiat Tariannya
Kecoh hujung minggu lalu apabila seorang Youtuber dan juga koreografer, Cierra Nichols menuduh maknae Blackpink, Lisa plagiat tariannya.
Kecoh hujung minggu lalu apabila seorang Youtuber dan juga koreografer, Cierra Nichols menuduh maknae Blackpink, Lisa plagiat tariannya.
Untuk pengetahuan, Lisa memuat naik video tarian cover-nya untuk lagu ‘Mushroom Chocolate’ oleh Quin dan 6lack.
Nichols kemudian memuat naik status di laman IG story miliknya meluahkan kekesalan saat melihat ‘idea tariannya’ diplagiat penyanyi itu.
“Dalam episod hari ini adalah ‘Marilah kita mencuri daripada orang kulit hitam’. Seorang penyanyi Korea dapat 7.8 juta tontonan satu hari menggunakan koreagrafi anda. Suka sangat!” tulisnya.
Bagaimanapun, tindakannya itu berbalik semula kepadanya apabila para peminat Lisa mempertahankan penyanyi itu.
Rata-rata mempertikaikan bahawa ada persamaan yang ketara antara video tarian Lisa dan dirinya malah mereka juga kesal apabila Lisa menjadi mangsa sedangkan yang dia hanya menari sahaja di dalam video tersebut.
Susulan itu, pereka tari Lisa memohon maaf mengenai isu itu.
Nichols bagaimanapun mengeluarkan kenyataan maaf mengenai perkara tersebut.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






