Dituduh Rasis Terhadap Warga Korea, KLM Airline Keluar Kenyataan Rasmi Mohon Maaf
Syarikat penerbangan, KLM Royal Dutch Airline berdepan dengan kritikan disebabkan sebuah foto yang viral di media sosial…
Syarikat penerbangan, KLM Royal Dutch Airline berdepan dengan kritikan disebabkan sebuah foto yang viral di media sosial.

Insiden yang berlaku pada 12 Februari itu melibatkan penerbangan dari Amsterdam ke Incheon di mana terdapat ‘signage’ yang ditulis dalam hangul menghalang penumpang memasuki sebuah tandas di dalam pesawat tersebut.
“Bilik air khas untuk pramugari sahaja,” tulis signage tersebut.
Seorang penumpang warga Korea terkejut melihat perkara itu dan diberitahu bahawa ia adalah untuk menhalang penyebaran wabak koronavirus.
Marah dengan pekara yang dianggap rasis itu, penumpang itu memohon agar pihak penerbangan meminta maaf.
Susulan itu, pihak penerbangan itu mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bahasa Korea memohon maaf tentang perkara tersebut.

Di dalam kenyataan tersebut, mereka menjelaskan tentang insiden itu dan memohon maaf kerana membuatkan penumpang itu berasa tidak selesa.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






