Drama Lagi, Ku Hye Sun Cakap Dia Tak Setuju Cerai Dengan Ahn Jae Hyun Sebab…
Bekas pelakon, Ku Hye Sun sekali lagi bikin drama apabila mendedahkan dia tidak boleh bercerai dengan suaminya, Ahn Jae Hyun disebabkan kucing peliharaannya….
Bekas pelakon, Ku Hye Sun sekali lagi bikin drama apabila mendedahkan dia tidak boleh bercerai dengan suaminya, Ahn Jae Hyun disebabkan kucing peliharaannya.
Menerusi satu posting di Instagram, pelakon drama Boys Over Flower itu jelas meluahkan kekesalannya apabila Ahn Jae Hyun bertindak mengambil kucing peliharaan mereka.
“Ahnjoo, kucing peliharaan yang tinggal dengan saya lebih lama. Orang yang tak pernah bagi dia makan atau bersihkan pasir buang airnya itu bagitahu saya yang dia mahukan penceraian dan mengambil kucing tersebut.
“Jadi, saya tidak boleh bercerai dengannya,” tulisnya di Instagram.
Untuk pengetahuan, proses penceraian antara kedua-dua selebriti tersebut kini menemui jalan buntu apabila Ku Hye Sun menerusi peguamnya memberitahu bahawa dia tidak berniat untuk bercerai.
Sedangkan syarat untuk pasangan sah bercerai memerlukan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.
Sebelum ini juga, Ku Hye Sun turut mengumumkan akan bersara daripada indusrti hiburan menerusi satu posting panjang di laman Instagramnya.
So, what do you think?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




