EXO Baekhyun Buang Semua Foto Di IG, EXO-L Luah Rasa Risau
Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba gambar Baekhyun semua hilang!…
Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba gambar Baekhyun semua hilang!
Gempar seketika para peminat kumpulan EXO, apabila salah seorang ahlinya iaitu Baekhyun bertindak memadam semua foto di laman IG miliknya.

Susulan itu, peminat yang juga dikenali sebagai EXO-L meluahkan rasa risau jika akaun IG oppa kesayangan mereka itu kena ‘hack’.
Bagaimanapun, agensinya SM Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan bahawa akaun IG penyanyi yang popular dengan lagu ‘UN Village’ itu tidak digodam mana-mana pihak.
“Tak kena hack, tapi Baekhyun sedang menyusun semula akaun IG miliknya memandangkan dia akan tamat latihan tentera pada 5 Februari 2023,” kata kenyataan tersebut.

Haa, terjawab sudah persoalan. So EXO-L jangan risau-risau lagi.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






