EXO Jawab Sama Ada Akan Terus Kekal Bersama SM Entertainment Atau Tidak
Semalam, grup EXO mendedahkan layanan yang mereka terima kini berbeza berbanding dahulu…
Semalam, grup EXO mendedahkan layanan yang mereka terima kini berbeza berbanding dahulu.
Oleh itu, wajarlah sekiranya ramai yang inginkan grup tersebut keluar daripada label mereka iaitu SM Entertainment.
Menurut Suho, setakat ini mereka tiada perancangan jangka panjang kerana kontrak mereka dengan label itu masih ada beberapa tahun lagi.
Namun, apa yang pasti…mereka akan tetap bersama pada masa akan datang. Itu janji mereka buat EXO-L.
“Kami belum lagi berbincang dengan label kami, hanya antara ahli kami sahaja.
“Tapi tidak kiralah sama ada kami memilih untuk kekal bersama SM atau bina label kami sendiri atau menyertai label lain, kami akan lakukannya bersama-sama,” katanya.
Selain itu, maknae grup tersebut iaitu Sehun menjelaskan bahawa mereka bukanlah sekadar rakan sekerja tapi sebuah keluarga.
“Saya mengadapi waktu yang sukar tapi tetap rasa gembira kerana ahli-ahli saya. Tak perlu pun nak cakap ‘deep’dengan dorang tapi saya dapat kekuatan daripada hyung-hyung saya.
“Dalam tempoh 10 tahun kami habiskan masa bersama bukanlah sekadar ‘rakan sekerja’ tapi kami ni dah ibarat satu keluarga,” katanya pula.
EXO tampil dengan album baru iaitu Obsession dan memenangi tempat pertama hari dalam music show, hari ini.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




