EXO Xiumin Masuk Tentera Bulan Depan! Tiada ‘Special Event’ Akan Diadakan
Ahli EXO, Xiumin dilaporkan akan menjalani khidmat tenteranya pada bulan hadapan bermula Mei 7…
Ahli EXO, Xiumin dilaporkan akan menjalani khidmat tenteranya pada bulan hadapan bermula Mei 7.
Perkara tersebut turut disahkan oleh agensinya, SM Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi, hari ini.
Difahamkan, Xiumin atau nama sebenarnya Kim Min-seok inginkan privasi sewaktu memasuki tentera oleh itu tiada ‘special event’ akan diadakan.
Malah, lokasi dan masa dia memasuki tentera juga turut dirahsiakan demi menghormati pemintaan Idol tersebut.
Dalam pada itu, aktiviti Xiumin sehingga hujung April ini masih lagi berlangsung iaitu konsert Jelajah Magical Circus Special Edition pada April 16 dan 17 serta 27 hingga 29 April.
Untuk pengetahuan, lelaki yang memegang status kewarganegaraan Korea Selatan diwajibkan untuk menjalankan khidmat tentera selama 2 tahun sebagai khidmat masyarakat mereka.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




