Fandom NCT Mohon Taeyong Dikeluarkan Daripada Grup. Ini 4 Sebab Utama!
Isu melibatkan ketua grup NCT 127, Taeyong masih lagi hangat diperkatakan baik peminat mahupun haters…
Isu melibatkan ketua grup NCT 127, Taeyong masih lagi hangat diperkatakan baik peminat mahupun haters.
Terbaru, fandom grup tersebut memuat naik kenyataan di platform Instiz dan Jjukbang Cafe memohon agar idol itu dikeluarkan daripada NCT kerana membawa imej yang buruk terhadap grupnya.
Selain itu, dalam kenyataan tersebut turut dinyatakan empat sebab utama mengapa Taeyong harus dikeluarkan daripada NCT.
“1.Taeyong tidak pernah memberikan kenyataan berkaitan isu yang melanda dirinya membuktikan dia tidak layak untuk bersama NCT.
“2.Peminat telah hilang kepercayaan terhadap Taeyong kerana isu buli dan keganasan itu serta cara dia menghadapi pertuduhan tersebut.
“3.Membenarkan Taeyong terus bersama NCT akan mendatangkan kesan terhadap mangsa dan juga saksi.
“4.Penglibatan Taeyong bersama NCT akan memburukkan imej grup serta menghalang perkembangan positif NCT pada masa akan datang,” tulis kenyataan tersebut.
Susulan itu, peminat antarabangsa NCT segera memberikan tindak balas bagi menunjukkan sokongan terhadap Taeyong.
Setakat ini, agensi Taeyong iaitu SM Entertainment tidak memberikan apa-apa komen mengenai perkara ini.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






