Fans BTS, EXO, Wanna One Bangkit Bila Idol Kesayangan Mereka ‘Dikutuk’ Satu Hos TV Di Greek
Satu program TV di Greek berdepan dengan kecaman peminat grup BTS, EXO dan Wanna One apabila salah seorang hosnya, Katerin Kainougiou mengeluarkan komen berbaur rasis…
Satu program TV di Greek berdepan dengan kecaman peminat grup BTS, EXO dan Wanna One apabila salah seorang hosnya, Katerin Kainougiou mengeluarkan komen berbaur rasis.
Difahamkan topik yang dibincangkan semasa program itu berlangsung adalah berkaitan dengan senarai 100 orang terkacak tahun 2018 yang menyaksikan ahli BTS, Jungkook dan V menduduki tangga kedua dan kelima manakala EXO, Sehun pula tersenarai top 10 dan Wanna One, Kang Daniel pula di top 20.
Setelah melihat senarai tersebut, hos tersebut dikatakan mengeluarkan komen yang berbaur rasis.
“Adakah dia Cina? Adakah dia seorang lelaki? Saya tak sangka ada wanita yang mengundi ‘benda itu’ untuk berada di kedudukn kelima, tolonglah,” katanya.
Ternyata kata-katanya itu membawa padah apabila peminat dan netizen mengecam tindakannya itu malah memanggilnya rasis dan juga xenopobhia (fobia kepada mereka yang berlainan negara).
Bagaimanapun, hos telah pun melakukan permohonan maaf secara terbuka mengatakan dia sebenarnya cuba memberikan komen secara artistik namun tetap menerima kecaman netizen.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



