Fantagio Keluar Kenyataan Rasmi Susulan Kematian Aktor, Cha In Ha
Netizen dikejutkan dengan kematian pelakon, Cha In Ha, 27, hari ini…
Netizen dikejutkan dengan kematian pelakon, Cha In Ha, 27, hari ini
Dipercayai dia ditemui mati di rumahnya dan polis kini masih lagi menyiasat punca kematian.
Dalam pada itu, agensinya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tragedi tersebut.
“Ini adalah Fantagio. Dukacita ingin kami memaklumkan bahawa pelakon, Cha In Ha telah meninggalkan kita pada 3 Disember.
“Sukar untuk kami menyampaikan berita ini kepada semua yang menyokong dia selama ini. Kami juga masih tidak percaya bahawa dia sudah tiada.
“Kami memohon pada netizen untuk tidak menyebarkan berita palsu atau spekulasi tentang kematiannya.
“Ini adalah untuk menjaga hati ahli keluarga yang kini masih dalam bersedih dan berkabung di atas pemergiannya.
“Selain itu, bagi menghormati permintaan ahli keluarganya, majlis pengebumian akan diadakan secara tertutup. Kami turut berdukacita dengan pemergiannya,” tulis kenyataan tersebut.
Antara drama lakonannya adalah Wok Of Love, Clean With Passion For Now, Are You Human, Too dan banyak lagi.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






