Foto Terbaru Somi Di Instagram Dapat Perhatian Netizen, Ada Yang Suka Tapi Ada Juga Yang Kutuk?
Penyanyi solo, Jeon Somi atau lebih dikenali sebagai Somi memuat naik foto terbarunya di Instagram. Di dalam foto tersebut kelihatan bentuk tubuh remaja berusia 18 tahun itu…
Penyanyi solo, Jeon Somi atau lebih dikenali sebagai Somi memuat naik foto terbarunya di Instagram. Di dalam foto tersebut kelihatan bentuk tubuh remaja berusia 18 tahun itu.
Susulan itu, netizen Korea Selatan meninggalkan komen meminta agar penyanyi lagu Birthday itu supaya berpakaian mengikut umurnya dan tidak begitu seksi.
Malah, ada juga yang menyalahkan agensinya iaitu Black Label yang merupakan anak syarikat kepada YG Entertainment. Kata mereka, sejak menyertai YG, Somi kelihatan semakin tidak terkawal.
Bagaimanapun, netizen antarabangsa memberikan pujian yang melambung terhadap bekas ahli I.0.I itu. Rata-rata mengatakan Somi kelihatan sangat hot dan pakaian tersebut tidaklah begitu menjolok mata.

Memang selalu kelihatan percanggahan pendapat antara knetz dan juga netizen antarabangsa. Tapi, semua orang pun ada pendapat sendiri-sendiri kan?
Nak menegur itu boleh asalkan tidaklah sampai menggunakan kata-kata kasar ataupun menjatuhkan air muka seseorang.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






