From Sweetheart To Zero, 5 Selebriti Ini Mula Dibenci Peminat Gara-Gara…
Tinggal beberapa hari lagi nak masuk kalendar baru, boleh dikatakan banyak sangat perkara terjadi pada tahun 2018 ini…
Tinggal beberapa hari lagi nak masuk kalendar baru, boleh dikatakan banyak sangat perkara terjadi pada tahun 2018 ini.
Apa-apapun, K-Variety nak kongsi selebriti-selebriti yang pada mulanya menjadi ‘sweetheart’ pada fans namun kini berdepan dengan kritikan hebat netizen.
Ada yang dikritik kerana skandal yang dibawanya, ada juga sebab lain. Oleh itu, jom kita tengok!
Jeon Somi
Sewaktu masih membawa imej JYP trainee Somi terkenal dengan sikap lovable dan sweetnya itu apatah lagi umurnya masih sangat muda.
Namun, saat berpindah label di bawah The Black Label, dia bertukar imej kepada seksi dan berterusan mengkritik JYP membuatkan netizen mula muak dengan perangainya.
Blackpink Jennie
Pada mulanya Jennie sangat disukai netizen dengan sikapnya yang comel dan penuh karisma di atas pentas. Namun netizen mula perasan yang Jennie dilayan bak princess sedangkan ahli lain so-so je.
Lebih menguatkan andaian bila Jennie debut solo dulu sebelum ahli lain. Kemuncaknya, Jennie berdepan dengan kritikan hebat bila dia dikatakn mengada dan bersikap malas di atas pentas.
Red Velvet, Yeri
Sejak mula dia masuk Red Velvet ada peminat yang tak suka sebab dia bukanlah original member. Baru-baru ini, dia dikatakan lack in skills dan malas nak berlatih membuatkan koreografi grup itu atas pentas nampak canggung.
Malah ada yang menuduh, Yeri mengada-mengada dan hanya berminat nak tambah kawan artis dalam industri sahaja.
Momoland JooE
Grup momoland mula dapat nama menerusi lagu Boom Boom dan ramai yang suka dengan perwatakan JooE, kerana dia nampak sangat comel.
Namun, ada video menunjukkan bahawa dia bersikap biadap terhadap artis senior dalam sebuah rancangan muzik dan sejak itu dia dikritik.
San E
Dia merupakan salah seorang rapper paling berjaya di Korea Selatan namun berdepan denga kritikan bila dia mula bercakap mengenai feminism (Satu perkara taboo di Korea Selatan). Bukan itu sahaja, dia juga ada buat lagu mengenainya seterusnya membawa kepada kepada kemarahan netizen.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





