Giliran Mina Pula tinggalkan AOA Selepas Choa
Bekas ahli AOA, Mina dilaporkan tidak memperbaharui kontrak dan berkeputusan meninggalkan grup dan syarikat pengurusannya, FNC Entertainment…
Bekas ahli AOA, Mina dilaporkan tidak memperbaharui kontrak dan berkeputusan meninggalkan grup dan syarikat pengurusannya, FNC Entertainment.
Perkara tersebut turut disahkan oleh FNC sendiri melalui satu kenyataan rasmi.
“Hello, ini adalah FNC Entertainment. Baru-baru ini syarikat kami memperbaharui kontrak bersama 5 ahli AOA iaitu Jimin, Yuna, Hyejeong, Seoulhyun dan Chanmi
“Kelima-lima mereka bersetuju untuk memperbaharui kontrak dan terus kekal sebagai satu grup demi para peminat mereka
“Syarikat kami telah bekerjasama dengan AOA berdasarkan kepercayaan kami dan kami akam terus memberikan sokongan kepada mereka agar dapat terus berada di dalam industri.
“Sementara itu, Mina yang sudah bersama kami selama 7 tahun berkeputusan untuk membawa haluan sendiri mengejar cita-citanya setelah berbincang dengan teliti bersama kami.
“Demi menghormati keputusannya, kami memutuskan untuk menamatkan kontraknya serta merelakan pemergiannya daripada grup tersebut.
“Semoga peminat dapat memahami permintaan Mina dan terus menyokongnya.
“Kami kini merancang itu meneruskan grup tersebut dengan 5 orang ahli dan juga membantu kesemua ahli AOA untuk album solo mereka kelak,”kata kenyataan tersebut.
Mina merupakan ahli kedua AOA yang meninggalkan grup tersebut selepas Choa.
Grup itu popular dengan lagu Bingle Bangle dan Heart Attack.
Sumber: FNC
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





