Hanya 9 Bulan Bahagia – Song Joong Ki & Song Hye Kyo
Semalam menyaksikan pelakon, Song Joong Ki memfailkan penceraian terhadap isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Song Hye Kyo…
Semalam menyaksikan pelakon, Song Joong Ki memfailkan penceraian terhadap isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Song Hye Kyo.
Setelah pihak Joong Ki mengeluarkan kenyataan penceraian tersebut, pihak Song Hye Kyo juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan bahawa sebab utama penceraian mereka adalah kerana perbezaan personaliti.
Dalam pada itu, satu demi satu berita berkaitan Song Song Couple itu mendapat perhatian media.
Difahamkan bahawa kedua-dua mereka sudah berpindah keluar daripada rumah kelamin mereka sejak 9 bulan yang lalu sekaligus menjadikan kebahagian yang dikecapi mereka sejak berkahwin pada Oktober 2017 itu hanyalah 9 bulan sahaja.
Sementara itu, rakan rapat Song Hye Kyo menjelaskan sebab pelakon drama Encounter itu dilihat tidak memakai cincin perkahwinannya.
“Dia kehilangan berat badan yang banyak membuatkan cincin kahwinnya sering terkeluar. Bukan dia tak mahu pakai tapi kalau asyik terkeluar susah juga.
“Tapi, dia tetap berusaha untuk memakai cincin kahwinnya itu bila berkesempatan,” kata sumber tersebut.
Selain itu, rakan rapat kedua-dua pasangan itu juga mengatakan bahawa baik Song Joong Ki mahupun Song Hye Kyo menangis apabila membuat keputusan untuk bercerai.
Oh my! Betul lah kata orang, kalau tiada jodoh…berusaha kuat macam mana pun tetap tak akan bersama. Apa-apapun, moga-moga kedua-dua mereka akan bertemu jodoh mereka selepas ini.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





