“I Miss You, Happy Birthday,” -Ucapan Hari Lahir Bobby Kepada B.I
Semalam merupakan ulangtahun kelahiran Kim Hanbin atau lebih dikenali sebagai B.I yang ke-23…
Semalam merupakan ulangtahun kelahiran Kim Hanbin atau lebih dikenali sebagai B.I yang ke-23.
Walaupun dia masih lagi mendiamkan diri berhubung kes dadahnya namun itu semua tidak menghalang peminat iKON yang dikenali sebagai iKONICS mengucapkan selamat hari lahir terhadap penyanyi lagu One And Only itu.
Malah nama B.I juga turut trending di Twitter dengan #HappybirthdayBI.
Bagaimanapun, selain IKONICS, ahli iKON iaitu Bobby juga turut memuat naik status khas mengucapkan selamat hari lahir kepada B.I.
“Saya rindukan awak, selamat hari lahir,” tulisnya.
Sebelum ini, Bobby kelihatan marah ketika iKON muncul buat pertama kali tanpa ketua mereka di sebuah konsert. Malah, kelihatab ramai peminat tidak dapat menahan sebak ketika konsert tersebut kerana tidak dapat melihat OT7 di atas pentas.
Dalam pada itu, peminat masih lagi tidak berputus asa dan mengharapkan kepulangan B.I di grup tersebut.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



