iKON Comeback Tapi Kim Hanbin Yang Trending Di Twitter
Tepat jam 5 petang waktu tempatan, seluruh IKONIC Malaysia klik untuk melihat MV terbaru grup iKON bertajuk Dive…
Tepat jam 5 petang waktu tempatan, seluruh IKONIC Malaysia klik untuk melihat MV terbaru grup iKON bertajuk Dive.
Seakan tidak percaya melihatkan grup itu hanya dihuni enam orang ahli sahaja dan bukan lagi tujuh, seperti selalu.
Kehilangan bekas ketua grup, B.I atau nama sebenarnya Kim Hanbin sangat terasa apatah lagi lagu tersebut nyata adalah hasil idea titik peluhnya untuk iKON.
Susulan itu, turut trending di Twitter adalah #Hanbin. Ramai yang berterima kasih kepadanya kerana menghasilkan lagu yang sedap namun sedih kerana hasil keringatnya seolah-olah dirompak YG Entertainment.
Malah, ramai yang menghitung hari menunggu ketujuh-tujuh ahli kembali bersatu semula.
Adakah ia sesuatu yang mustahil?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






