Ini Bukti Kenapa Park Bogum Adalah ‘Boyfriend Material’!
Kehadiran pelakon Korea Selatan, Park Bogum sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh para peminat Malaysia. Apa taknya, dia sememangnya ‘boyfriend material’ yang dicari para gadis masa kini…
Kehadiran pelakon Korea Selatan, Park Bogum sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh para peminat Malaysia. Apa taknya, dia sememangnya ‘boyfriend material’ yang dicari para gadis masa kini.
Semalam berlangsungnya Park Bogum Asia Tour in Kuala Lumpur yang menyaksikan sekali lagi para peminat jatuh cinta berkali-kali dengan pelakon drama Encounter itu.
Muncul dengan memakai ‘suit’ di atas pentas, saat dia tersenyum sahaja membuatkan para peminat menjerit.
Dalam pada itu, dia juga masih lagi membawakan imej budak baik dan juga mengaku bahawa dia tidak minum alkohol dengan alasan tidak menyukainya.

Selain itu, dia juga sangat hebat menari dan menyanyi malah Bogum juga turut menunjukkan bakat rapnya.

Terdapat beberapa momen menunjukkan Bogum memberikan ‘fan-servis’ yang terbaik sekali. Meh sini, K-Variety kongsikan momen-momen tersebut.
- Sangat teliti semasa membuat ‘fragrance’ khas untuk peminat. Malah, ketika menuangkan pewangi berbau ros itu, hampir satu dewan turut sama dapat hidu bau tersebut.
- Membawa banyak hadiah untuk diberikan kepada peminat Malaysia. Salah satu hadiah adalah sup rumpai laut. Ketika dia bertanyakan sekiranya ada peminat yang menyambut hari lahirnya semalam, semua orang mengangkat tangan masing-masing. Dia kemudian dengan gaya comel mengatakan ‘tipu’.
- Semasa persembahan, Lets Go See The Star, dia turun daripada pentas dan membuat pusingan di dalam dewan, dia juga sempat senyum dan buat peace pada kamera peminat.
- Hebatnya Park Bogum bila menyanyikan lagu Belaian Jiwa sambil bermain piano. Peminat turut sama sing -along dengannya tapi sebutan Bahasa Melyu Bogum yang lancar sangatlah mengagumkan. Min pergi konsert Kpop ke konsert artis melayu ni?
- Bogum tanda tangan beberapa heart dan memberikan kepad para peminat. Min dapat satu tau! Gigih berebut nak dapatkan.
- Penghujung majlis, Bogum kelihatan beberapa kali melambai-lambai kepada para peminat. Dia juga turut membalas ‘big heart’ yang Min beri kepadanya.
- Semasa sesi high touch, peminat boleh berinteraksi dengan Bogum dan dia tetap tersenyum mesra walaupun penat.
- Peminat juga boleh memberikan surat kepada Bogum, dia berjanji akan membaca kesemua surat tersebut. Kelam-kabut Min cari kertas okay nak tulis surat tu!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





