“Itu Kenyataan Seungri Tanpa Berbincang Dengan Kami, “- YG Entertainment
Semalam, maknae grup Big Bang, Seungri mengejutkan ramai apabila mengeluarkan kenyataan yang mengatakan dia bakal bersara daripada dunia hiburan…
Semalam, maknae grup Big Bang, Seungri mengejutkan ramai apabila mengeluarkan kenyataan yang mengatakan dia bakal bersara daripada dunia hiburan.
Ini berikutan satu demi satu skandal yang melanda dirinya berkaitan dengan kelab Burning Sun hingga netizen Korea Selatan mengeluarkan kenyataan memohon dia dikeluarkan daripada grup Big Bang.
Susulan itu, agensi Seungri, YG Entertainment mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut.
“Kami mengesahkan bahawa Seungri ada mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan persaraannya kepada umum.
“Kenyataan itu adalah daripada Seungri sendiri tanpa berbincang dengan pihak kami.
“Setakat ini, kami tiada komen mengenai perkara ini. Pihak kami masih berbincang sama ada kontraknya akan ditamatkan atau tidak.
“Sebarang info lanjut akan diberitahu kemudian,” tulis kenyataan tersebut.
Sumber: Allkpop
Foto: Carian Google
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




