“Kami Tidak Dilayan Macam Dulu,” Ini Pendedahan Mengejut EXO Di Radio Star
Siapa je yang tak kenal dengan grup EXO kan? Mereka merupakan salah seorang top grup di Korea Selatan…
Siapa je yang tak kenal dengan grup EXO kan? Mereka merupakan salah seorang top grup di Korea Selatan.
Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat oleh ketua grup, Suho baru-baru ini di program Radio Star nyata mengejutkan ramai.
“Saya berasa sedih kerana sebelum ini waktu kami mempromosikan ‘Growl’, penerimaan peminat sangat bagus dan kami dapat shoot muzik video di luar negara.
“Selalunya, bila kami ada aktiviti di luar negara, ketua grup akan dapat bilik ‘suite’ tapi kali ini bila kami ke luar negara, kami dapat bilik ‘twin’,” luahnya.
Selain itu, ahli grup iaitu Baekhyun turut mengesahkan perkara itu.
“Bila kita ke hotel, selalu mereka (syarikat) akan menyewa seluruh tingkat demi memastikan keselamatan ahli-ahli lain dan juga peminat.
“Tapi kali ini kami hanya duduk di dalam bilik hotel yang sangat kecil,” luahnya pula.
Ini bukan pertama kali artis di bawah pengurusan SM Entertainment meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap syarikat itu.
Sebelum ini, ketua grup Girl’s Generation iaitu Taeyeon juga terang-terangan sering mengkritik SM Entertainment.
Sementara itu, EXO kembali dengan ‘comeback’ terbaru iaitu Obsession pada 27 November lalu.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





