Kang Han Na Terpaksa Kembali Semula Ke Fantagio Sebab…
Pelakon, Kang Han Na kembali bernaung di bawah agensi lamanya, Fantagio setelah hampir setahun terlibat dengan pertikaian dengan agensi lamanya itu…
Pelakon, Kang Han Na kembali bernaung di bawah agensi lamanya, Fantagio setelah hampir setahun terlibat dengan pertikaian dengan agensi lamanya itu.
Perkara tersebut disahkan oleh Fantagio menerusi satu kenyataan.
“Kang Han Na dan Fantagio sudah menyelesaikan masalah kami menerusi perbincangan dan akhirnya kami mencapai kata putus,” kata kenyataan tersebut.
Turut mengeluarkan kenyataan rasmi adalah pelakon drama Scarlett Heart: Goryeo itu.
“Saya mohon maaf kerana merisaukan para peminat dan juga kepada Fantagio. Menerusi perbincangan yang telah kami lakukan, segalanya sudah mencapai kata putus.
“Saya sangat bersyukur kerana Fantagio sangat memahami dan akan membalas jasa mereka dengan bekerja keras melalui projek-projek saya.
Fantagio juga turut menerima ucapan maaf tersebut dan meminta agar kedua-dua mereka membuka buku baru.
Sebelum ini, Han Na memberi notis berhenti kepada Fantagio tahun lalu dan menandatangani kontrak dengan STARDIUM, iaitu agensi yang ditubuhkan oleh bekas CEO Fantagio yang dipecat, Na Byung Jun.
Bagaimanapun, pada Februari 2019 lalu, Lembaga Komersial Korea Selatan memutuskan bahawa kontrak antara Kang Han Na dan Fantagio masih lagi sah.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



