Kang Ki Young Positif Covid-19, Terlepas Trip ke Bali
Salah seorang pelakon drama Extraordinary Attorney Woo, Kang Ki Young dilaporkan positif Covid-19 lapor Naver Entertainment….
Salah seorang pelakon drama Extraordinary Attorney Woo, Kang Ki Young dilaporkan positif Covid-19 lapor Naver Entertainment.
Susulan itu, dia tidak dapat mengikuti percutian krew dan pelakon drama popular TvN itu ke Bali. Bagaimanapun, para pelakon lain yang mempunyai kontak rapat dengan beliau dilaporkan negatif.
Agensi pelakon tersebut, Namoo Actors berkongsi bahawa dia kini sedang berehat di rumah menerusi satu kenyataan rasmi.
“Hujung minggu lalu, Kang Ki Young berjangkit dengan seseorang yang mempunyai Covid-19, kini dia tidak mempunyai simptom dan hanya duduk kuarantin di rumah sahaja.
“Semua aktivitinya dihentikan buat sementara waktu sehingga dia tamat kuarantin,” tulis kenyataan tersebut.
Semoga Kang Ki Young cepat sembuh!
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






