Ketuk Pintu, Merayu-Rayu, 100 Army Punah Harapan Nak Masuk 5th BTS Fan-Meeting #BTS5thMuster: MagicShop
Tahniah kepada grup BTS yang baru menyambut ulang tahun mereka yang ke-enam ada 13 Jun lalu. Pejam celik, sudah begitu banyak yang mereka lalui untuk sampai ke tahap ni…
Tahniah kepada grup BTS yang baru menyambut ulang tahun mereka yang ke-enam ada 13 Jun lalu. Pejam celik, sudah begitu banyak yang mereka lalui untuk sampai ke tahap ni.
Namun, disaat kegembiraan Army untuk menyambut ulangtahun mereka itu, ada pula insiden yang tak sedap berlaku.
Difahamkan, BTS mengadakan Fan-meeting mereka iaitu #BTS5thMuster:MagicShop yang bertempat di Seoul pada hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, dikatakan seramai 100 orang peminat tidak dibenarkan masuk ke premis oleh pengawal keselamatan hingga ada yang terpaksa mengetuk pintu malah merayu-rayu untuk dibenarkan masuk.
Susulan itu, syarikat rakaman BTS iaitu Big Hit Entertainment mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut.
Katanya, mereka telah memberikan arahan yang jelas dimana mereka tanpa kad pengenalan yang sah atau nama pembeli tiket yang betul tidak akan dibenarkan masuk.
Difahamkan, mereka yang disekat terdiri daripada anak-anak sekolah yang menggunakan nama ibu bapa mereka untuk membeli tiket.
Malah ada juga yang tidak membawa salinan kad pelajar sahaja di kaunter penebusan tiket membuatkan individu tersebut juga tidak dibenarkan masuk.
Kata Big Hit lagi, mereka terpaksa mengetatkan sekuriti atas sebab-sebab keselamatan.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




