Kim Hanbin Mengaku Ada Ambil Dadah Pada Tahun 2016?
Bekas ketua grup iKON, Kim Hanbin atau lebih dikenali sebagai B.I dipanggil sebagai saksi oleh polis daerah Gyeonggi semalam bagi memberikan keterangan berkaitan dengan isu dadah pada tahun 2016…
Bekas ketua grup iKON, Kim Hanbin atau lebih dikenali sebagai B.I dipanggil sebagai saksi oleh polis daerah Gyeonggi semalam bagi memberikan keterangan berkaitan dengan isu dadah pada tahun 2016.
Dia hadir ke balai polis jam 9 pagi dan hanya keluar setelah disoal siasat selama 14 jam iaitu pada jam 11.30 malam.
Dalam soal siasat tersebut, Hanbin mengakui bahawa ada mengambil dadah jenis ganja membuatkan pihak polis kini menganggapnya sebagai suspek.
Polis juga kini mengumpul bukti bagi pertuduhan mengambil ganja terhadap komposer lagu Love Scenario itu.
Sebelum ini, Hanbin mengumumkan keluar daripada iKON setelah kantoi cubaan membeli dadah daripada Han Seo Hee diketahui media.
Sejak itu juga, Hanbin tidak muncul di khalayak ramai hinggalah dipanggil polis, semalam.
Dalam pada itu, peminat antarabangsa meluahkan rasa kecewa mereka apabila masyarakat Korea Selatan seolah-olah memperbesarkan isu ini namun ada yang menerangkan bahawa isu dadah di negara tersebut adalah besar malah sekiranya didapati bersalah, boleh dijatuhkan hukuman hingga 10 tahun.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



