Kim Se Jun Kongsi Foto Mesra Dengan Lee So E, Peminat Rasa Lega!
Pasangan yang mendapat restu ramai di dalam program realiti Single Inferno, Kim Se Jun dan Lee So E sekali lagi menjadi perbualan hangat ramai…
Pasangan yang mendapat restu ramai di dalam program realiti Single Inferno, Kim Se Jun dan Lee So E sekali lagi menjadi perbualan hangat ramai.
Ini gara-gara peminat perasan yang mereka tidak mengikuti sesama sendiri di laman Instagram.
Bagaimanapun, peminat boleh menarik nafas lega apabila Kim Se Jun berkongsi foto mesra dirinya dengan Lee So E di laman Instagram miliknya.


“So E merupakan gadis yan sangat baik, tolong berikan banyak-banyak kasih sayang kepadanya,” tulisnya di kapsyen
Kemudian So E turut membalas dengan persoalan “Apakah ini? Hahahaha.”
Dan Se Jun membalas “Saya seorang ahjussi.”
Nyata ramai yang berpuas hati dan menarik nafas lega melihatkan foto tersebut. Malah ramai yang memuji hanya Kim Se Jun yang berkongsi foto berdua dengan So E sedangkan ahli Single Inferno lain berkongsi foto beramai-ramai di Instagram mereka.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






