Kim Sung Kyu Shy Shy Cat dan Sing Along dengan Peminat Di Malaysia
Hey INSPIRIT! Korang tau tak konsert 2024 Kim Sung Kyu [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur telah berlangsung dengan meriah selama dua hari berturut-turut…
Hey INSPIRIT! Korang tau tak konsert 2024 Kim Sung Kyu [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur telah berlangsung dengan meriah selama dua hari berturut-turut, dianjurkan oleh D-SHOW dengan kerjasama Offbeat dan 43 sebagai Promoter.

Bermula pada jam 8 malam pada Sabtu, Kim Sung Kyu disambut dengan sorakan gemuruh daripada para peminat. Setelah mempersembahkan tiga lagu pembukaan yang penuh bertenaga, Sung Kyu menyapa para peminat dalam Bahasa Malaysia, “Apa khabar semua, saya Kim Sung Kyu!“
Konsert ini menandakan konsert solo pertama Sung Kyu di Malaysia.
“Sudah lama sejak INFINITE mengadakan persembahan di Malaysia beberapa tahun lalu, saya amat gembira akhirnya dapat bertemu peminat saya semula!
“Saya ada cuba makan nasi lemak, sedap!” katanya lagi.

Dalam konsert selama dua jam setengah itu, Kim Sung Kyu sempat berinteraksi dengan para peminat, dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih pada mereka yang memuji ketampanannnya pada malam itu.
Antara lagu yang dinyanyikan Kim Sung Kyu adalah, “41th”, “Climax”, “It Will Be”, “Jump”, “Go Again”, “Kontrol”, dan “Sorry”.

Ketika Sung Kyu menyanyikan lagu “Small Talk” dan “60sec”, para peminat tidak ketinggalan sing-along bersama-sama membuatkan Sung Kyu terkejut dan kagum dengan INSPIRIT Malaysia.
“Saya terkejut kerana anda semua menyanyi dengan baik! Sebab bahasa lain, jadi saya ingatkan anda semua tak begitu fasih, tapi suara anda semua sedap sangat!” tambahnya.
Peminat dengan bangganya berseru, “Malaysia Boleh!” dan kemudiannya cuba diikuti oleh Kim Sung Kyu.
Ketika peminat berulang kali meminta INFINITE untuk membuat persembahan di Malaysia, Sung Kyu dengan penuh semangat berjanji akan kembali bersama kumpulannya, yang mencetuskan sorakan penuh kegembiraan daripada INSPIRIT.

“Saya minta maaf sebab ambil masa 10 tahun untuk kembali ke Malaysia, lepas ini saya cuba untuk datang dengan lebih kerap dan cuba bawa semua ahli INFINITE ke sini,” katanya.
Dalam pada itu, Kim Sung Kyu juga sempat meluahkan penghargaan terhadap INSPIRIT di atas sokongan yang tidak berbelah -bahagi mereka terhadapnya selama ini.
“Sudah lebih 10 tahun sejak kali terakhir saya datang ke Malaysia, tetapi anda tahu, saya sentiasa bersama anda. Begitu banyak berlaku dalam 10 tahun ini.
“Saya menangis dan ketawa. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya. I love you!”

Konsert tersebut diakhiri dengan persembahan encore yang mengagumkan, termasuk lagu “Kontrol”, “My Everyday Is You”, “답가”, dan “끌림”.
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








