Konsert Winner Di Singapura Batal Kerana Koronavirus
Agensi Winner iaitu YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi membatalkan konsert grup itu di Singapura…
Agensi Winner iaitu YG Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi membatalkan konsert grup itu di Singapura.
Sepatutnya, konsert itu berlangsung pada 8 Februari ini namun terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan serta isu koronavirus.
Ini kenyataan rasmi dari YG:
“Terima kasih atau sokongan anda terhadap Winner [Cross] Tour in Singapore. Sebagai usaha dunia dalam menangani isu koronavirus, kami di YG turut memantau rapat isu tersebut terutamanya berkaitan dengan kesihatan artis label ini.
“Berikutan situasi ini, kami dengan dukacitanya mengesahkan pembatalan konsert Winner di Singapura.
“Terlebih dahulu, kami memohon maaf kepada mereka yang telah membuat tempahan. Kepada pembeli tiket, pulangan balik pembelian akan dibuat dengan jumlah penuh bayaran anda.
“Kami juga akan memberitahu perkembangan konsert di Seoul dan akan umumkan kemudian.
“Kami mendoakan agar mereka yang terkena koronavirus cepat sembuh dan memuji mereka yang sama-sama membantu menangani wabak ini,” tulis kenyataan tersebut.

Setakat ini, 304 orang menemui ajal kerana wabak tersebut serta hampir 20 ribu orang disahkan mempunyai koronavirus di seluruh dunia.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






