“Korea Pun Dah Macam Australia Ya Sekarang,” – Imigresen Korea Selatan Kini Semakin Ketat Terima Pelancong?
Baru-baru ini, kecoh apabila ada yang terkandas sewaktu ingin melawat negara Kangaroo, Australia kerana ditolak oleh pegawai imigresen yang meragui bahawa pelancong tersebut hanya ingin bercuti di negara tersebut…
Baru-baru ini, kecoh apabila ada yang terkandas sewaktu ingin melawat negara Kangaroo, Australia kerana ditolak oleh pegawai imigresen yang meragui bahawa pelancong tersebut hanya ingin bercuti di negara tersebut.
Apa taknya, disebabkan terlalu ramai pekerja tanpa permit yang bekerja secara haram di negara tersebut menyebabkan kawalan yang ketat tersebut.
Terbaru, terdapat pula satu insiden baru dimana lelaki ini mengaku hampir dihantar pulang oleh imigresen Korea Selatan sewaktu mahu bercuti di negara Kpop itu kerana tidak mengambil pusing itinenari memandangkan semuanya diuruskan oleh isterinya.
Insiden tersebut dikongsi menerusi Twitter Pemburu Tiket Murah yang menasihati agar semua pelancong yang ingin melawat negara tersebut selepas ini mempunyai itinenari yang lengkap semasa disoal oleh imigresen.
“Korea pun dah Australia ye sekarang, korang jangan ingat senang je nak lepas immigration. Cetak semua tiket dan tempahan letak dalam satu folder. Belajar dari kesilapan orang lain.
“Perkara sebegini boleh terjadi di mana-mana airport sekalipun. Apa yang perlu korang buat adalah selalu bersedia. Print tiket penerbangan dan itinenari. Tempahan hotel dan penginapan dan duit yang cukup.
“Kalau pergi secara berkumpulan, semua kena tahu destinasi yang dituju bila tiba di negara tersebut. Jangan harapkan seorang sahaja yang uruskan itinenari. Kena interview dengan pegawai imigresen ibarat macam interview kerja.
“Yang tak lepas biasanya sebab tak buat homework,” tulisnya.
Alahai, disebabkan terlalu ramai pekerja tanpa permit yang memasuki negara tersebut menyebabkan pihak Imigresen harus mengambil tindakan sebegini.
Sudahnya, mereka yang betul-betul ingin bercuti di negara tersebut pula yang menjadi mangsa. Moga-moga, kita dapat iktibar melalui perkara ini.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



