Ku Hye Sun & Ahn Jae Hyun Bakal Bercerai, Agensi Dah Sahkan
Awal pagi tadi, netizen dikejutkan dengan berita pelakon, Ku Hye Sun mendedahkan bakal bercerai dengan suaminya, Ahn Jae Hyun…
Awal pagi tadi, netizen dikejutkan dengan berita pelakon, Ku Hye Sun mendedahkan bakal bercerai dengan suaminya, Ahn Jae Hyun.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Ku Hye Sun tidak puas hati apabila Ahn Jae Hyun melebihkan kerjanya berbanding dengan kehidupan peribadi mereka.
Kisahnya, mereka bercadang mengumumkan perpisahan mereka minggu depan namun Ku Hye Sun meminta sedikit masa serta Ahn Jae Hyun datang bertemu ibunya kerana ibunya tidak sihat namun aktor tersebut menyatakan bahawa akan bertemu ibu mertuanya itu selepas pengumuman cerai mereka.
Itu membuatkan Ku Hye Sun marah da bertindak memuat naik mesej Kakao Talk itu kepada umum.
Sehubungan itu, agensi pasangan tersebut HB Entertainment mengesahkan perkara tersebut serta memberi penjelasan rasmi.
“Hello, Kami (HB Entertainment) ingin memberikan penjelasan rasmi mengenai isu yang melanda aktor di bawah label kami.
“Walaupun ramai yang mendoakan perkahwinan Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun namun kedua-dua mereka kini sudah tidak lagi sehaluan dan bersetuju untuk bercerai.
“Sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas mereka, kami hanya mahukan yang terbaik buat mereka berdua.
“Mengikut perancangan asal, mereka akan memfailkan dokumen cerai bulan ini dan bercerai secara sah pada September. Malah, Ku Hye Sun juga sudah drafkan kenyataan media untuk dikongsi kepada umum.
“Namun dengan berita yang tersebar pagi ini amat mengejutkan kami terutama apabila dia menggambarkan seperti dia tidak mahu bercerai. Namun, kami menghormati kehidupan peribadinya.
“Sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas mereka, semoga mereka tidak terluka dan kami memohon maaf kepada semua kerana menyebabkan kerisauan anda,”tulis kenyataan tersebut.
Pasangan itu bertemu semasa sama-sama berlakok dalam drama Blood dan berkahwin pada tahun 2016 lalu.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber:Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



