Lepas Kehilangan Yang Tragik, Ladies Code Zuny Hanya Kerja Di Kafe
Ahli Ladies Code, Zuny atau nama sebenarnya Kim Joo Mi berkongsi mengenai hidupnya di dalam laman Youtube miliknya baru-baru ini…
Ahli Ladies Code, Zuny atau nama sebenarnya Kim Joo Mi berkongsi mengenai hidupnya di dalam laman Youtube miliknya baru-baru ini.
Dalam video tersebut, dia mengatakan sejak comeback Ladies Code terakhir pada tahun 2019, dia kini hanya bekerja sebagai pelayan di kafe sahaja.
Sebelum ini, ahli Ladies Code pernah terlibat dengan kemalangan ngeri mengakibatkan dua ahli mereka meninggal dunia.
Tambah Zuny lagi, dia kekal trauma sehingga kini.
“Saya masih lagi menggunakan kereta api untuk ke mana-mana. Naik bas pun tak berani. Awal-awal dulu (lepas eksiden) naik kereta masa hujan pun memang tak boleh langsung,” katanya.
Zuny juga berkongsi bahawa dia kini bersama dengan agensi baru dan akan muncul dengan kandungan Youtube iaitu ‘Zuny Late Night Restaurant’.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






