“Macam Diberi Peluang Kedua Dalam Kehidupan,” – Kim Woo Bin
Pelakon Kim Woo Bin berkongsi detik dia dalam proses pemulihan rawatan kanser hidung yang dialaminya pada tahun 2017…
Pelakon Kim Woo Bin berkongsi detik dia dalam proses pemulihan rawatan kanser hidung yang dialaminya pada tahun 2017.
Susulan itu, pelakon drama The Heir itu harus berehat selama dua tahun sebelum disahkan sihat sepenuhnya pada tahun 2019.
“Memandangkan ia (kanser) berkaitan dengan nyawa, saya sangat takut. Dan selepas sembuh saya juga takut jika saya boleh kembali kerja seperti dahulu.
“Saya takdelah risau kalau saya tak boleh tahan sakit tu tapi kerisauan utama saya ketika itu adalah jika saya tak boleh kembali bekerja seperti dahulu sebab masa tu badan saya susut teruk dan stamina saya pun tak seperti dahulu.
“Tapi saya kekal positif dan merasakan sakit ini ibarat peluang kedua untuk saya dalam kehidupan. Ramai yang mendoakan saya sembuh dan dari doa- doa itulah membantu untuk saya cepat sihat,” katanya ketika menjadi tetamu undangan di dalam rancangan realiti You Quiz on the Block.
Tambahnya lagi, dia meminta agar sesiapa yang pernah berada di dalam kondisi seperti dirinya agar tidak putus harapan dan kekal positif.
“Saya harap anda tidak menyalahkan diri sendiri atau menyesal. Fikirkan diri anda dan ingat bahawa ramai lagi org yang sayangkan anda. Saya sentiasa mendoakan agar ramai yang bernasib baik dan berjaya sembuh dari sakit anda,” katanya lagi.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




