“Mantap Betul!”- Treasure Memberikan Persembahan Penuh Bertenaga Khas Buat Teume Di Malaysia!
Sabtu lalu merupakan malam paling indah buat Teume di Malaysia apabila mereka dapat melihat secara LIVE grup Treasure membuat persembahan di pentas Malaysia!..
Sabtu lalu merupakan malam paling indah buat Teume di Malaysia apabila mereka dapat melihat secara LIVE grup Treasure membuat persembahan di pentas Malaysia!
Konsert pada mulanya dijadualkan pada 6 petang diawalkan kepada 5.30 petang.
Sejak awal lagi, Treasure memberikan persembahan yang begitu bertenaga. Dimulakan dengan lagu popular, Jikjin, Boy dan I Love You.
Semasa persembahan, kelihatan ahli-ahli Treasure cuba untuk ‘hype’kan peminat dengan menjerit slogan seperti ‘I love you Malaysia’, ‘Are you ready Malaysia’ dan lain-lain.
Apa yang membezakan konsert ini dengan yang lain apabila ahli-ahli Treasure cuba untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dengan para peminat tanpa menggunakan khidmat penterjemah.
Antara momen yang menarik dan lucu semestinya ketika para ahli cuba untuk memberikan pickup-line di dalam bahasa melayu. Malah mereka juga kelihatan teruja cuba berbahasa melayu. ‘Mantap betul’ dan ‘terima kasih’ antara perkataan yang disebut mereka.
Ramai yang jatuh hati dan senyum gembira malam itu.
Teume sempat juga memberikan kejutan buat ketua grup, Park Jihoon dengan menyambut hari lahirnya ketika konsert berlangsung.
Seramai 6 ribu orang memenuhi ruangan stadium untuk menyaksikan 10 ahli Treasure.
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…





