Momen Paling Gembira Dalam Hidup Saya Adalah…,” – BTS Jin
Ahli BTS, Jin berkongsi dengan para peminat momen paling gembira dalam hidupnya semasa BTH 5th Muster: Magic Shop di Seoul semalam…
Ahli BTS, Jin berkongsi dengan para peminat momen paling gembira dalam hidupnya semasa BTH 5th Muster: Magic Shop di Seoul semalam.
Dalam satu segmen, BTS berkongsi masalah-masalah peminat yang mendapat perhatian mereka dan juga memberika nasihat kepada para peminat.
Satu masalah peminat yang mendapat perhatian Jin adalah apabila individu tersebut tidak dapat lagi melakukan sesuatu yang disukainya kerana sudah terlibat dengan bidang yang berbeza.
“Saya belajar bidang lakonan semasa di Univerisiti tetapi kemudian debut sebagai seorang penyanyi. Momen paling gembira dalam hidup saya adalah apabila dapat menyanyi di atas pentas bersama ahli-ahli grup saya.
“Kalau kamu rasa rindu nak buat sesuatu yang kamu suka, apa kata kamu cuba sekali lagi?,” katanya.
Jawapan Jin itu menunjukkan betapa dia sangat menyayangi ahli-ahli grup nya itu. Susulan itu, Army (peminat BTS) turut mengatakan bahawa momen paling gembira buat mereka adalah semasa melihat kesemua ahli grup BTS gembira berada di atas pentas.
Awww! So sweet lah Army dan BTS ini.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




