Monbebe Mahu Wonho ‘Masuk’ Semula Dalam Monsta X Setelah Tiada Bukti Ditemui Kes Dadah
Bekas ahli Monsta X, Wonho didapati tidak bersalah di bawah tuduhan penggunaan dadah jenis marijuana pada Oktober tahun lalu setelah pihak polis tidak menemui sebarang bukti di atas penyanyi itu…
Bekas ahli Monsta X, Wonho didapati tidak bersalah di bawah tuduhan penggunaan dadah jenis marijuana pada Oktober tahun lalu setelah pihak polis tidak menemui sebarang bukti di atas penyanyi itu.
Susulan itu, polis juga mengambil keputusan untuk menutup kes tersebut.
“Wonho memberikan sepenuh kerjasama dalam siasatan berkaitan penyalahgunaan dadah yang dikenakan keatasnya.
“Dalam tempoh siasatan terperinci selama 5 bulan, polis tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan idol tersebut dengan dadah. Oleh itu, kami menutup kes tersebut,” tulis kenyataan daripada agensi Wonho iaitu Starships Entertainment.
Tambah kenyataan itu lagi, setakat ini mereka masih tidak mempunyai rancangan mengenai ‘masa depan’ Wonho’ terutamanya sama ada dia akan kembali ke Monsta X.
Susulan itu, peminat yang turut dikenali sebagai Monbebe mahukan agar idol itu kembali ke grup tersebut.
Apa pendapat anda?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






