“Mula-Mula Rasa Nak Pergi Tapi…,” – Penerbangan Ke Korea Batal Saat Akhir, Individu Ini Bagi Pesanan Pada Semua
Peningkatan jumlah pesakit wabak Covid-19 di Korea Selatan amat membimbangkan apatah lagi ia sudah mencecah 1,146 kes dan 11 kematian…
Peningkatan jumlah pesakit wabak Covid-19 di Korea Selatan amat membimbangkan apatah lagi ia sudah mencecah 1,146 kes dan 11 kematian.
Malah, Kerajaan Korea Selatan kini mengeluarkan amaran merah serta tempoh berkurung kepada rakyatnya.
Terbaru, seorang individu berkongsi pengalaman cuba untuk ke Korea Selatan walaupun sudah dinasihatkan agar tidak pergi.
Dia berkongsi pengalaman itu di laman Facebook, Road To Korea.
“Assalamualaikum dan hi semua. First sekali post sy kali ni bukan nak timbulkan rasa cemas dan panik. Rasa sedih sebab trip kali ni adalah trip sy dan bff yg kedua lepas masing2 dah kahwin.
“Plan dari last year, beli tiket last year sebulan sebelum outbreak. Bila outbreak mcm ni, kiranya kami nak redah je. 3 bulan plan iti, rancang itu ini. Baca pengalaman dan story kwn2 RTK. Huhu..
“Percaya pada diri sendiri boleh elak konon sbb trained enough bole handle dgn contact/droplet/airborne disease ni (ktaorng medical staff).
“Mula2 ada rasa selfish disitu. Majikan dah kata kebenaran takkan diberi utk kakitangan kesihatan ke luar negara terutama masa outbreak ni. If nak pergi jgk atas risiko sendiri.
“So kitaorng plan nak pegi je. Tak kisah apa org ckp. Flight lg 2 minggu. Tp bila dpt email ni yg katanya flight balik dari Seoul dibatalkan oleh airlines di sana, kami terkejut.
“Cuba cari airlines lain yg boleh dibeli. Tp asyik error je. Dpt call dari Air Seoul, mereka kata walaupun belum ada kata putus dari media ataupun negara South Korea, mereka risau akan ada arahan lockdown utk prevent COVID19 merebak.
“So bila lockdown, semua foreigners termasuk kami akan dihalang untuk keluar dari Seoul sehingga dibenarkan. Semua penerbangan keluar dari airlines Air Seoul setakat ini ditarik semula.
“Sy tak tahu situasi di sana, dlm hati positif je kata yg teruk dekat Daegu je. Seoul masih selamat. Sbb hati tu nak jgk pegi. Tp bila airlines sendiri cancelled, terpaksa akur je. Even dapat pegi, belum tentu dapat balik ke Malaysia. Walaupun Seoul masih okay, tp South Korea nak prevent dari spread COVID19,” tulisnya.
Dalam pada itu, dia juga sempat meninggalkan pesana buat mereka yang berada atau bakal pulang dari Korea Selatan.
“Bagi yg dah pergi dan akan balik dalam masa terdekat, sy pesan sampai je kat tanah air mohon kuarantin diri sendiri dari keluarga dan kawan2 utk satu atau dua hari.
“Rasa2 diri okay sihat takda masalah baru teruskan kerja mcm biasa. Kalu ada simtom, dapatkan rawatan segera.
“Kuarantin 14hari di rumah sendiri tu tak mudah tau kwn2. Kami yg kerja kat hospital pun lemas pakai mask setiap masa.
“Kena full 24jam pakai mask, tak boleh dekat atau berhubung contact dgn keluarga. Tidur kena asing, makan, mandi semua kena asing dgn keluarga yg sihat. Jadi rakan2 yg dikasihi, kita sama2 elakkan. Bagi yang nak pergi jugak, sy doakn selamat pergi dan selamat balik.
“Sejujurnya sy nak semua jgn pergi. Biar kita sedih sama2. Hahaha.. jeles tau tgok gmbr korang yg sempat pergi tu.
“Tp takpala. Rezeki tahun depan kut. Atau musim lain. Jgn kecam tau. Ni sy berkongsi kesedihan. Hrp semua berfikiran positif. Sy doakan bg perantau kat sana semoga Allah lindungi diri kalian dari pandemic ni.
“Ps:: tiket dari Seoul ke Kota Kinabalu dapat refund. Yg dari Kota Kinabalu-KLIA-Incheon airlines Air Asia. Belum tau status. Kalau dapat refund syukur, bole bejimba ke tempat lain,” tulisnya lagi.
Sumber: Road To Korea
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






